Tips Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Tips Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Tips Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

tips kecantikan

 

 

 

tips kecantikan

8 PETUA UNTUK KECANTIKAN KULIT

1. Jangan lupa kebaikan menggunakan krim pelindung matahari – tips kecantikan 

tips kecantikan

Kulit yang cantik dan sihat tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan krim pelindungan matahari.

Mamie McDonald, seorang pakar alat solek yang pernah berkerja untuk Madonna berkata semua usaha kecantikan yang lain akan sia-sia sahaja jika anda mengabaikan amalan ini.

Seorang lagi pakar kecantikan selebriti, Dr. Lancer, menasihatkan wanita untuk menggunakan krim SPF yang tidak kurang daripada 30 sepanjang hari!

2. Jangan terlalu keringkan kulit anda jika terdapat keradangan

Kebanyakkan krim jerawat mengandungi benzoyl peroksida yang mengeringkan kulit.

Tapi bahan ini sebenarnya boleh memburukkan keradangan dan meningkatkan pengeluaran sebum.

Produk yang mengandungi alkohol juga bertindak dengan cara yang sama, jadi anda tidak akan merawat jerawat dengan cara ini.

Dr. Harold Lancer mengesyorkan wanita menggunakan produk yang mengandungi asid salisilik atau asid laktik untuk wajah mengelupas dan mask jenis clay.

3. Jangan lupa untuk jaga kulit leher

Bahagian leher anda boleh menunjukkan umur seseorang wanita. Sebab itu sangat penting untuk menjaga kulit di bahagian leher.

Kulit di leher sangat nipis dan juga perlu penjagaan teliti sama seperti kulit pada muka.

4. Gunakan ais pada kulit anda

tips kecantikan

Pakar dermatologi Santa Monica  Dr. Ava Shamban menyarankan anda menggosok wajah dengan kiub ais untuk beberapa saat. Amalan ini akan merangsang peredaran, dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri.

Amalan ini akan merangsang peredaran darah dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri.

5. Simpan semua produk kecantikan anda dengan betul

Dr. Debra Jaliman berkata, wanita tidak harus menyimpan produk kecantikan mereka di dalam bilik mandi.

Ini kerana udara panas dan lembap dalam bilik mandi akan memendekkan hayat simpanan produk-produk ini. Krim muka dan produk lain yang jarang digunakan haruslah disimpan di dalam peti sejuk.

6. Pastikan semua barang yang menyentuh bahagian muka anda bersih

Dr. Lancer berkata wanita tidak harus menyentuh muka mereka dengan tangan yang kotor.

Tukar sarung bantal anda seminggu sekali jika anda mempunyai kulit normal atau kering. Tukar sarung bantal anda 3 hari sekali jika kulit anda jenis yang berminyak.

Jangan lupa untuk lap cermin telefon bimbit anda dari masa ke semasa.

7. Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat

Christie Kidd, seorang pakar penjagaan kulit dari Beverly Hills, mengesyorkan wanita mengelak dari menggunakan produk penjagaan kulit yang mampu mengikis (scrub, span, berus) apabila mempunyai jerawat kerana ini hanya akan memburukkan keradangan.

Semua jenis kulit memerlukan produk pembersih yang lembut dan bebas sabun. Untuk mengurangkan keradangan pada muka, sapukan campuran air dan aspirin atas jerawat pada muka.

8. Urut muka anda jika mahu menghilangkan kesan lingkaran di bawah mata

 

Ole Henriksen mengesyorkan wanita mengurut saliran limfa berdekatan bahagian lingkaran di bawah mata.

Prosedur ini merangsang aliran limfa, kulit akan menjadi licin, dan menyebabkan “eye bag” bawah mata hilang. Cara urut ini sangat senang dan boleh dilakukan di rumah.

Terdapat beberapa cara mudah untuk mendapatkan kulit  yang sihat. Jelita kongsikan beberapa petua mudah untuk kulit yang  sentiasa sihat, muda dan berseri jadi jangan jadikan alasan sibuk dan tidak punya masa untuk anda ambil mudah dengan penjagaan kulit  anda.

1. Pastikan seluruh tubuh anda dieksfoliasi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Gunakan skrub dari campuran gula perang dan minyak zaitun dan urut secara membulat pada kulit anda. Ia dapat membantu dalam membuang kulit mati dan kotoran yang terdapat pada pori-pori kulit anda. Gunakan gula perang atau serbuk kopi yang digaul sebati bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

2. Pada setiap pagi dan sebelum tidur, pastikan anda menyapukan krim pelembap pada wajah dan tubuh. Untuk mencegah kedutan, kulit anda memerlukan kelembapan yang secukupnya.

3. Paling penting ialah mencuci muka anda sebelum tidur. Cuci wajah anda dengan pencuci muka yang sesuai ataupun bilas wajah dengan air suam sebelum tidur. Ia dapat membersihkan minyak, kotoran dan bakteria di pori-pori wajah.

4. Minum dua liter air kosong sehari. Air kosong dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan membuatkan anda sentiasa terhidrat setiap hari.

5. Stres yang berpanjangan boleh memberikan kesan yang negatif pada tubuh anda. Jadi pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan meditasi untuk melegakan badan dan tekanan atau luangkan masa beberapa minit untuk relakskan diri dari bebanan kerja. Jangan lupa untuk bersenam supaya tubuh anda lebih cergas.

6. Jangan sesekali tidur dengan muka yang masih penuh dengan solekan kerana ia akan merosakkan kulit anda. Bersihkan mekap dengan betul. Minyak zaitun sangat efektif untuk menanggalkan lebihan mekap.

7. Amalkan jus detoks sebulan sekali untuk menyingkirkan toksin dalam tubuh. Buah dan sayuran hijau seperti lemon, oren, bayam, timun, dan epal antara bahan organik untuk jus detoks. Jika kulit anda sering ditumbuhi jerawat dan kusam, ini bermakna tubuh anda mengandungi banyak toksin.

8. Tiduk yang mencukupi sangat penting untuk membaiki dan memulihkan sel kulit. Ketika tidur, tubuh anda sedang melakukan pelbagai proses ‘pemulihan’. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam dan kosongkan fikiran sebelum tidur.