Tentang kami

Latar belakang

Gemini Beauty Resource (M) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 1996 yang terdiri dari kumpulan ahli nutrisi tempatan. Matlamat awal penubuhan syarikat adalah menyediakan khidmat kaunseling untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Seiring dengan kejayaan yang dicapai dan permintaan tinggi produk pemakanan kesihatan, kami sentiasa komited dalam menyediakan produk kesihatan yang terbaik kepada pengguna. Di Gemini Beauty Resources, kami sentiasa menitikberatkan tahap kualiti yang ekstrem sekaligus menjadikan kami salah satu pengedar makanan nutrisi yang pesat berkembang dan dijual di seluruh farmasi terkenal di Malaysia.

Penyelidikan Berterusan

Untuk sentiasa menawarkan solusi yang terbaik kepada pelanggan, kami sentiasa komited untuk menyediakan penyelidikan saintifik terkini melalui seminar dan persidangan yang inovatif.

Produk Kitsui

Semua produk Kitsui diilhamkan oleh alam semula jadi, menawarkan pelbagai jenis ekstrak dan ramuan semulajadi yang berkualiti dari seluruh dunia. Produk Kitsui bertujuan menawarkan keselamatan yang paling terjamin bagi kesihatan dan kesejahteraan produk semula jadi yang berkesan, disokong oleh nasihat dan maklumat terbaik. Produk Kitsui dipilih dan diedarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Baik dan semua produk Kitsui berkembang untuk membantu wanita dan lelaki untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Close Menu
×

Cart