Jenama Produk Kecantikan Terlaris (Di Watsons)

Jenama Produk Kecantikan Terlaris Di Watsons.

Assalamualaikum. Memang dah jadi sifat semulajadi wanita nak kekal cantik sentiasa. Macam mana kasarnya pun seorang wanita tu, tak banyak sikit mesti dia teringin nak cantik betul tak? Walaupun definisi cantik ni subjektif, tapi ramai yang beranggapan bila wanita tu putih, mesti dia cantik.

Walaupun Ayue tak berapa setuju tentang perkara ni, sebab wanita berkulit gelap juga ada manisnya yang tersendiri, tapi Ayue juga tak boleh nak sangkal mentality orang kita yang dah tertanam sejak azali tu kan? Sebab tu lah ramai wanita berpusu-pusu nak kan kulit yang cerah dan putih. Lagi-lagi nak raya ni, mestilah balik balik kampung nanti nak cantik, nak putih kan.

Produk Kecantikan

Kitsui Whitenin B.B Drink | 10g x 15 sachet

Untuk anda yang inginkan kulit cerah dan cantik berseri-seri, anda boleh cuba KITSUI WHITENIN B.B dan KITSUI KOREAN WHITE. Nak cuba kedua-duanya sekaligus pun boleh, takda masalah. Kitsui ni merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) dan pernah menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik tau. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi anda boleh amalkan dengan rasa selamat.

Produk Kecantikan

Kitsui Whitenin B.B Drink dikenali sebagai minuman anti-penuaan dan supplement pencerahan kulit dalam satu produk. Bahan utamanya adalah Hydrolized Vitamin C+ dimana kekuatannya adalah 2 kali ganda, kombinasi yang kuat untuk sistem imun yang sihat dan kulit cerah. Yela, nak kulit yang cantik, mestilah bermula dari dalam kan. Takkan nak harap krim pemutih saja.

Bestnya tentang Hydrolized Vitamin C+ ni, ia bukan saja membuatkan kulit anda lebih putih, licin dan sempurna, malah ia juga membantu untuk anda kekal sihat kerana Vitamin C mampu mengurangkan risiko pertumbuhan kanser, melindungi kita daripada penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan.

Antara bahan-bahan lain yang ada dalam Kitsui Whitenin B.B ni adalah Sucrose, Citric Acis, Alpha Lipoic Acid, Mixberries Extract, Acerolla Cherry Extract, dan Orange Extract dimana kesemuanya memberi kesan yang sangat baik untuk kulit anda.

Produk Kecantikan

KEBAIKAN PRODUK KESIHATAN KITSUI WHITENIN BB

  • Mencerah & memutihkan seluruh wajah
  • Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
  • Mengawal minyak berlebihan dimuka
  • Menaikkan seri wajah
  • Mencerahkan mata
  • Menghalang penghasilan melanin kulit
  • Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
  • Menutup liang pori muka
  • Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu

Produk Kecantikan

Cara minum Kitsui Whitenin B.B

  1. Tuangkan seluruh isi pek ke dalam air suam (150ml)
  2. Kacau dan mnum segera

Ambil 1 sachet setiap hari sebagai permulaan, kemudian anda boleh ambil 1-2 sachet sehari untuk maintain ye. Mudah kan? Ayue sendiri dah cuba Kitsui Whitenin B.B drink ni. Rasa dia tak ubah macam minum vitamin C. Kalau anda ikut sukatan yang betul, rasanya sedap. Manis-manis masam gitu.

Produk Kecantikan

Kitsui Korean White | 5g x 17 sachet

Kitsui Korean White merupakan minuman kolagen yang dirumus khas untuk menggandakan kesan pemutihan dan anti-penuaan. Ia berfungsi untuk membantu mengurangkan kedutan dan pembentukan garis halus dengan meningkatkan keanjalan kulit dan kandungan kelembapan. Bahan utamanya adalah Camu-Camu, acerola, mixberries extract, Maltodextrin, Peptida Kolagen Marine, dan ascorbic asid.

Untuk anda yang tidak tahu, Camu-camu ni mempunyai 50 kali ganda vitamin C daripada buah oren tau. Selain camu-camu, bahan yang menarik perhatian Ayue adalah Acerola. Acerola ni mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan anda antaranya ia baik untuk kesihatan jantung, mengawal kandungan gula, baik untuk sistem imun dan metabolisma badan.

Produk Kecantikan

Apa yang paling Ayue suka tentang Kitsui Korean White ni adalah ia 100% Sugar Free. Memang takda rasa manis. Jadi untuk anda yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes tu, anda boleh amalkan Kitsui Korean White ni. Manakala untuk anda yang sihat, anda boleh amalkan Kitsui Korean White ni dengan mencampurkan ia kedalam minuman anda yang lain seperti kopi, teh, coklat, yogurt, jus dan sup pada pengambilan waktu malam saja okey.

Kelebihan Kitsui Korean White

  • Untuk memutihkan kulit seluruh badan
  • Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, resdung, parut, liang pori terbuka, berkulit kusam dan gelap
  • Mencerahkan kulit, tanpa kesan sampingan.
  • Menghilangkan flek hitam.
  • Mencegah luka jerawat dan menutupnya secara rapat.
  • Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit (look brightness).
  • Tegang serta gebukan kulit wajah
  • Sesuai untuk penguna yang mempunyai masalah Diabetis 100% Sugar Free
  • Amat sesuai untuk pesakit diabetis atau kencing manis

Ia merupakan penyelesaian bagi masalah kulit, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam. . Korean white sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah diabetes kerana tiada kandungan gula. Ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dengan saiz pembungkusan 17 paket x 5 gm. Korean White membantu untuk mencerahkan kulit secara sekata di mana kulit anda akan cerah secara semulajadi dengan pengurangan masalah bintik-bintik hitam serta pengurangn masalah pigmentasi.  Camu-Camu & Vitamin C adalah  buah yang sangat bagus untuk menghalang enzim tyrosinase, yang membantu menghasilkan melanin. Dengan menghalangi tyrosinase, ia pada dasarnya membantu mencegah pengeluaran melanin supaya bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi berhenti mati di akar kulit anda. Kitsui Korean White mampu untuk meringankan kawasan-kawasan yang terjejas oleh hiperpigmentasi.

Dengan mengamalkan kitsui korean white parut hasil di cakar kucing cik iena di perut semakin pudar. Bagi anda yang mempunyai masalah parut ianya dapat membantu mengurangkan parut. Untuk menghilangkan sepenuhnya anda mungkin perlu mengambil secara konsisten selama beberapa bulan.

Semasa pengambilan Kitsui Korean White jerawat cik iena kecut dan kering dengan cepat . Kebiasaannya jika wajah cik iena ada jerawat ianya akan memakan masa yang lama untuk hilang dan akan meninggalkan parut. Berbeza kali ini jerawat lebih cepat kecut dan kering.

Cik iena yakin pasti ramai yang tak lari dari masalah pori terbuka lagi-lagi yang seusia cik iena iaitu 3 series. Semakin meningkat usia semakin banyak masalah kulit akan wujud. Jadi amatlah bagus untuk wanita seusia cik iena mengamalkan produk makanan tambahana seperti kitsui korean white bagi mengekalkan kecantikat kulit wajah.

Seperti yang cik iena maklumkan di awal artikal cik iena mencuba dua produk dari kitsui . Artikel seterusnya cik iena akan kongsi mengenai Kitsui Stemcell Mixberries pula. Kedua-dua produk ini boleh diamalkan  bersama dimana salah satu diamalkan pada waktu pagi dan satu lagi pada waktu malam. Selepas pengambilan kedua-dua produk anda seharusnya meminum air masak yang cukup bagi membantu ianya bertindak balas dengan baik dan cepat.

Kenapa cik iena katakan ianya mampu milik kerana harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding jenama lain disamping. Kitsui Korean White boleh didapati dengan harga RM 38.80 di Farmasi Watsons & Guardian.

Cara minum Kitsui Korean White

  1. Campur 1 paket ke dalam 80ml air suam.
  2. Kacau sehingga larut dan minum.

Produk Kecantikan

Anda boleh ambil 1 paket sehari sama ada sebelum sarapan atau 2 jam sebelum tidur. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan terbaik.